PENDAFTARAN

1. Bagaimana saya boleh mendaftar akaun?

Anda boleh mendaftar akaun di laman web kami atau klik di sini untuk mendaftar.

2. Apakah dokumen yang perlu saya hantar semasa pendaftaran?

Tiada dokumen diperlukan semasa pendaftaran.

3. Sekiranya saya menghadapi masalah semasa mendaftar, apa yang perlu saya lakukan?

Sila hubungi kami di (+603) 6151 9333 dari Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi – 5.00 petang) atau Sabtu (9.00 pagi – 1.00 petang). Sebagai alternatif, anda boleh e-mel pertanyaan anda kepada enquiry@pe1m.com.my untuk bantuan.

PEMBELIAN DAN PENGHANTARAN

1. Apakah jenis pembayaran diterima?

Pembayaran boleh dibuat secara deposit tunai atau cek, pindahan bank, atau pembiayaan dari bank. Sila hantar slip pembayaran atau dokumen sokongan dengan jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun kami untuk tujuan pengesahan. Kegagalan untuk menghantar dokumen tersebut boleh menyebabkan kelewatan dalam mengemaskini pembayaran anda.

Perlu diingatkan bahawa tiada seorang pun yang diberi kuasa untuk meminta atau menerima wang tunai atau mana-mana medium lain. Semua arahan yang diberikan di laman web ini – www.per1m.com.my sahaja. Jangan percaya mana-mana orang yang dikenali sebagai ‘ejen’ atau ‘wakil’.

2. Adakah anda menyediakan pilihan pembiayaan?

Ya, sila daftar akaun atau log masuk untuk memahami dengan lebih lanjut.

3. Bagaimana untuk membuat pesanan?

Pesanan boleh dibuat melalui laman web kami sahaja; bukan melalui e-mel, panggilan atau faks. Sila daftar akaun dan ikuti arahan yang diberikan.

4. Sejauh manakah kawasan penghantaran yang diliputi?

Kawasan penghantaran hanya meliputi di Semenanjung Malaysia sahaja.

5. Berapa lama masa yang diperlukan untuk menerima pesanan saya?

Penghantaran akan dijadualkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pesanan selesai (bayaran penuh diterima).

WARANTI

1. Adakah semua item mempunyai jaminan?

Ya, semua peralatan mempunyai 1 tahun waranti dan 2 tahun waranti untuk penghawa dingin.

2. Apakah terma dan syarat bagi waranti produk?

Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.