Notis Perlindungan Data Peribadi untuk PERM Sales & Marketing Sdn Bhd
PERM Sales & Marketing Sdn Bhd (1209885-K) (“PERM”) menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi menerangkan bagaimana kami mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010. Sila ambil perhatian bahawa PERM boleh meminda Notis Perlindungan Data Peribadi pada bila-bila tanpa notis terlebih dahulu dan akan memaklumkan sebarang pindaan melalui laman sesawang kami.
1. Maklumat peribadi
1.1 Jenis maklumat peribadi
Maklumat peribadi bermakna apa-apa maklumat yang berkaitan dengan anda yang dikumpul atau diberikan kepada PERM bagi tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 di bawah.
Dalam usaha kami untuk memenuhi satu atau lebih daripada kewajipan kami yang disenaraikan dalam Seksyen 2 di sini, kami perlu untuk mengumpul maklumat peribadi yang relevan daripada anda. Maklumat peribadi yang dikumpul, direkodkan, dipegang, disimpan, digunakan, didedahkan dan/atau diproses (secara kolektif dirujuk sebagai “Proses”) oleh kami termasuk (tetapi tidak terhad kepada) dengan yang berikut:
(a) Data Induk: nama, tarikh lahir, dokumen sokongan pengenalpastian (termasuk kad pengenalan atau nombor pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bahasa pilihan, asal-usul etnik, kelayakan, pekerjaan, majikan, bekas majikan, gambar-gambar atau imej-imej lain, rakaman video keselamatan, rakaman suara, ”cookies” dan pengesanan lokasi/ maklumat GPS;
(b) Maklumat perhubungan terkini: Alamat rumah, surat-menyurat persendirian dan/atau alamat perniagaan, telefon dan/atau nombor telefon bimbit, nombor faksimili dan alamat e-mel, dan apa-apa bentuk maklumat hubungan yang membolehkan kami berhubung dengan anda untuk tujuan komunikasi; dan/atau
(c) Imbuhan dan/atau informasi maklumat kewangan: pendapatan, butiran akaun bank, urusniaga jenis matawang, nombor fail cukai pendapatan, Borang EA cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahunan dan/atau penyata ahli bertarikh terkini, surat tawaran kemudahan bank, butiran jaminan bank, surat atau maklumat kredit, lain-lain maklumat yang berkaitan dengan kedudukan kredit kewangan untuk tujuan penilaian kredit bagi menentukan jumlah nilai kredit perniagaan sebagai sebahagian daripada permohonan anda untuk menjadi rakan kongsi perniagaan kami.
1.2 Sumber maklumat peribadi
Maklumat peribadi anda akan diperolehi daripada sumber-sumber berikut, jikalau berkenaan, atau sumber-sumber lain yang sepatutnya dari pandangan kami dari masa ke masa dan/atau kami akan mengumpulkan maklumat peribadi secara langsung daripada anda apabila anda:
(a) Berkomunikasi dengan kami (sebagai contoh apabila anda menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan, termasuk juga menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PERM);
(b) Maklumat yang diberikan atau dikemukakan oleh anda melalui antara lain, yang mana berkenaan pelbagai jenis borang pendaftaran yang diperlukan untuk urusniaga perdagangan dengan kami, memulakan hubungan perniagaan dengan kami atau rakan niaga saluran iaitu penjual pihak ketiga (di mana berkenaan), mendaftar jaminan untuk produk PERM, mendaftar minat anda atau melanggan untuk maklumat mengenai produk dan/atau perkhidmatan atau penerbitan kami (contohnya naskhah berita), mengambil bahagian dalam mana-mana kaji selidik, pertandingan, peraduan, atau tawaran promosi, membalas kepada mana-mana bahan pemasaran yang kami hantar, (yang diterima melalui e-mel, faksimili, penghantaran tangan, dalam talian), borang-borang jualan, laman sesawang;
(c) Yang mana berkenaan, yang boleh didapati secara umum atau maklumat terbuka kepada orang awam; dan
(d) Perhubungan lain secara bertulis atau lisan atau dokumen yang dihantar kepada kami sebelum dan semasa urusan kontrak atau pra-kontrak kami dengan anda.
Kami juga boleh mendapatkan maklumat peribadi anda daripada pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau sesiapa yang mempunyai hubungan dengan anda dan dari sumber-sumber lain di mana anda telah memberi kebenaran bagi pendedahan maklumat berkaitan dengan anda, dan/atau di mana sebaliknya sah di sisi undang-undang. Oleh kerana ketepatan maklumat peribadi anda sebahagian besarnya bergantung kepada maklumat yang anda berikan kepada kami, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin jika terdapat sebarang kesilapan dalam maklumat peribadi anda atau jika terdapat apa-apa perubahan kepada maklumat peribadi anda.
1.3 Maklumat peribadi yang mesti dan kegagalan memberi maklumat
Semua maklumat yang diminta dalam borang-borang berkaitan adalah dimestikan untuk anda sediakan kecuali dinyatakan sebaliknya.
Kegagalan untuk memberi data peribadi sebagaimana yang diperlukan boleh:
(a) Menyebabkan kami tidak dapat menyediakan notis, perkhidmatan dan/atau produk yang dikehendaki anda;
(b) Menjejaskan keupayaan kami untuk melaksanakan proses yang perlu berkaitan dengan pembekalan produk dan/atau perkhidmatan kami; dan/atau
(c) Menyebabkan kami tidak dapat memaklumkan kepada anda tentang produk-produk terbaru, perkhidmatan, promosi, peristiwa dan/atau pelancaran kami.
2. Tujuan pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi
Maklumat peribadi yang anda berikan akan diproses oleh kami untuk, antara lain, yang mana berkenaan tujuan-tujuan berikut:
(a) Penghantaran notis, perkhidmatan atau produk dan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut kepada anda;
(b) Untuk membolehkan anda membuat perjanjian yang perlu dan/atau kontrak yang berkaitan dengan menjual dan membekalkan produk PERM atau untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan;
(c) Tatacara pengurusan perhubungan dengan pengguna atau pelanggan;
(d) Penilaian kredit dan semakan latar belakang lain ke atas pengguna yang kami anggap perlu atau sesuai;
(e) Pengurusan rekod dalaman kami seperti kebiasaan perniagaan;
(f) Bagi tujuan khusus dalam mana-mana perkhidmatan tertentu atau produk yang ditawarkan oleh kami atau mentadbir penyertaan anda dalam pertandingan;
(g) Menjalankan analisa pemasaran dan pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan produk kami;
(h) Membolehkan kami untuk menghantar maklumat melalui e-mel, perhubungan melalui (panggilan telefon atau mesej teks) atau media sosial mengenai produk dan perkhidmatan oleh pihak syarikat-syarikat yang berkenaan dan rakan kongsi perniagaan, pihak ketiga yang diberi kuasa yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan yang tersebut di atas yang kami fikir mungkin menarik minat anda;
(i) Untuk menubuh dan mengurus dengan lebih baik sebarang hubungan perniagaan antara kita;
(j) Untuk memproses sebarang komunikasi yang anda hantar (contohnya, menjawab sebarang pertanyaan dan menguruskan apa-apa aduan perkhidmatan pelanggan dan maklumbalas);
(k) Perkhidmatan lepas jualan, seperti penyelenggaraan selepas jualan (jika ada) atau perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan;
(l) Untuk menyediakan produk-produk dan/atau perkhidmatan yang anda kehendaki;
(m) Untuk memberitahu anda tentang manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan/atau perkhidmatan kami;
(n) Kutipan bayaran tertunggak daripada pelanggan;
(o) Termasuk pencegahan jenayah tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, rasuah;
(p) Memenuhi mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan dan produk, untuk didedahkan di bawah keperluan undang-undang berkaitan, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai ke atas kami atau mana-mana ahli syarikat;
(q) Pemilikan tapak projek kosong, harta/pengurusan hartanah, khidmat pelanggan dan/atau kerja-kerja pembaikan kecacatan;
(r) Untuk penyelidikan, penanda aras, dan tujuan analisis statistik; dan/atau
(s) Lain-lain kerja pelaksanaan projek perkhidmatan seperti pengurusan keselamatan, pemerolehan projek insurans dan pengurusan akses laman sesawang.
3. Simpanan dan mengekalkan maklumat peribadi
Maklumat peribadi anda akan disimpan sama ada sebagai kertas salinan di pejabat kami atau disimpan secara elektronik didalam “server”. Sebarang maklumat peribadi yang diberikan oleh anda akan disimpan oleh organisasi kami selama diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam (2) di atas atau seperti yang diperlukan untuk memenuhi peraturan, komersil atau keperluan perakaunan dan pada setiap masa tertakluk kepada keperluan undang-undang semasa.
4. Pendedahan maklumat peribadi
4.1 Entiti dalam PERM
Maklumat peribadi anda yang diberikan kepada kami diproses oleh entiti (di dalam atau di luar Malaysia) di dalam PERM (termasuk syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk, syarikat-syarikat bersekutu dan rakan sumber luaran).
PERM akan memastikan bahawa:
(a) akses kepada maklumat peribadi anda adalah terhad kepada kakitangan yang dilantik untuk memproses maklumat peribadi anda selaras dengan bidang keperluan pekerjaan masing-masing; dan
(b) hanya maklumat yang perlu sahaja dibuka kepada kakitangan yang berkaitan.
4.2 Kelas-kelas pihak ketiga
Maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga yang berkaitan (dalam atau di luar Malaysia) sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang, menurut hubungan kontrak yang berkaitan (contohnya, kami melantik pembekal perkhidmatan pihak ketiga) atau bagi maksud yang dinyatakan dalam Seksyen 2 di atas (atau berkaitan secara langsung dengan maksud itu).
Sekiranya sebuah perniagaan berpotensi, dicadangkan atau dijual, pelupusan, pengambilalihan, penggabungan atau penyusunan semula (Urusniaga), maklumat peribadi anda mungkin akan didedahkan atau dipindahkan kepada pihak ketiga akibat daripada urusniaga tersebut. Dengan ini anda akui bahawa pendedahan dan pemindahan maklumat boleh berlaku dan membenarkan PERM untuk mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak yang satu lagi dan penasihat/wakilnya.
(a) Pelanggan atau bakal pelanggan: Maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga mengikut kelas berikut:
(i) Pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti bank atau institusi kewangan, penjual perisian, juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, perunding, kontraktor, pakar penasihat, pembekal perkhidmatan, syarikat percetakan, penganjur persidangan / latihan / acara, penasihat yang lain, syarikat insurans);
(ii) Rakan kongsi perniagaan atau sekutu kami yang boleh bersama-sama memberikan perkhidmatan;
(iii) Syarikat-syarikat utiliti;
(iv) Agensi penguatkuasaan undang-undang, termasuk polis tempatan; dan
(v) Pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan pengawal selia industri.
(b) Vendor, pembekal, penyewa atau pembekal perkhidmatan: Maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga mengikut kelas berikut:
(i) Pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti bank atau institusi kewangan, penjual perisian, juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, perunding, syarikat percetakan, kontraktor, penganjur persidangan/ latihan/acara, penasihat yang lain, syarikat insurans);
(ii) Agensi penguatkuasaan undang-undang, termasuk polis tempatan; dan
(iii) Pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan pengawal selia industri.
5. Hak untuk akses dan membetulkan maklumat peribadi
5.1 Anda mempunyai hak dan akan diberi akses kepada maklumat peribadi anda yang disimpan oleh kami dan membetulkan maklumat peribadi jika maklumat peribadi adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemas kini. Dalam hal ini, anda boleh secara bertulis: –
(a) Semak sama ada kami menyimpan dan memproses maklumat peribadi anda;
(b) Mohon akses keatas maklumat peribadi;
(c) Mohon untuk membetulkan maklumat peribadi yang salah;
(d) Meminta penjelasan mengenai dasar dan prosedur berhubung dengan maklumat peribadi yang dikendalikan oleh kami;
(e) Memaklumkan kepada kami bantahan supaya tidak menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran; dan
(f) Menarik balik sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran yang telah anda berikan sebelum ini tertakluk kepada keperluan/sekatan undang-undang, tanggungjawab kontrak dan tempoh masa yang munasabah.
5.2 Ketepatan maklumat peribadi
Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada kami tentang apa-apa perubahan kepada maklumat peribadi anda untuk membolehkan kami menyimpan data anda yang tepat dan terkini.
6. Menghadkan pemprosesan maklumat peribadi, pertanyaan dan titik hubungan:
Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk menghadkan pemprosesan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi: –
Selangor Darul Ehsan.
Atau untuk membaca polisi PDPA yang terkini, sila layari: www.perm.com.my
7. Konflik
Jika berlaku apa-apa percanggahan antara Notis Perlindungan Data Peribadi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, terma dalam Notis dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.