PERM Sales & Marketing Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat yang menjual barangan elektrik untuk isi rumah dengan harga yang berpatutan.

Inisiatif ini lahir daripada pengasas PERM bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan keperluan barangan tersebut melalui pembelian di atas talian. Produk yang dibeli melalui PERM akan dihantar terus kepada pembeli tanpa perlu ke kedai bagi mendapat barangan tersebut dalam tempoh yang dipersetujui. Ini dapat memudahkan lagi proses pembelian dan secara tidak lansung dapat menjimatkan masa.

Perbezaan antara PERM dan syarikat elektrik yang lain ialah pembelian produk ini dijual secara pakej, bukan secara individu. Pembelian secara pakej ini sangatlah menjimatkan jika dibandingkan secara individu dari segi harga.

Barangan elektrik yang terdapat di dalam pakej pembelian ini ialah televisyen, penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik, kipas siling, cerek elektrik tanpa wayar, penyedut habuk dan dapur gas.

Lokasi syarikat PERM berada di No.28, Jalan Teknologi 3/1, Persiaran Surian, 47810 Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Waktu operasi bermula dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari minggu, dan 9.00 pagi hingga 1.00 petang pada setiap hari Sabtu.

Kami berharap usaha ini mendapat sambutan dari semua pihak justeru membantu dan memberi faedah kepada semua pihak.